BANTAHAN KONSERT FENOMENA DANGDUT INUL DARATISTA
KENYATAAN MEDIA (01 A pril 2005)
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berasa terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) di bawah Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan yang meluluskan permohonan IMS Prima Sdn Bhd untuk membawa penyanyi dangdut Inul Daratista ke negara ini.
Konsert Fenomena Dangdut Inul Daratista yang dibawakan oleh IMS Prima Sdn Bhd dijangka akan diadakan pada 1 Mei 2005 di Stadium merdeka bersempena dengan sambutan Hari Buruh.
Umum mengetahui bahawa imej yang kurang baik sering kedengaran dari Negara jiran kita di Indonesia berhubung dengan artis ini. Artis yang berusia 25 tahun ini merupakan penyanyi dangdut yang sering menimbulkan kontraversi sehingga pernah diugut dengan ancaman bunuh ekoran sikapnya yang tidak menghormati sensitiviti masyarakat muslim di sana.
Beliau yang terkenal dengan trademark ‘goyang gerudi’ yang mengekspolitasi tubuh beliau dengan cara yang menghairahkan dan berunsur lucah itu tidak sesuai untuk dibawa ke Negara ini. Ulama – ulama Indonesia telah mengharamkan konsert – konsert beliau dan membantah kehadiran beliau ditengah – tengah masyarakat Indonesia sebagai ‘role model’ dan ‘idola’ bangsa Indonesia.
Justeru itu, menjadi satu kesilapan besar jika pihak Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan berdegil untuk meneruskan konsert tersebut dinegara ini. Pihak DPPWP tidak bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh pihak Kerajaan dengan mempromosi hiburan yang dipenuhi dengan unsur – unsur lucah seperti ini kepada rakyat. Walau pun perkara ini kecil di mata Kerajaan namun yang menangung deritanya adalah akhlak dan imej pemikiran rakyat Malaysia yang pastinya akan terkesan dengan kehadiran konsert tersebut.
DPPWP difahamkan bahawa penyanyi ini berjanji untuk mematuhi kod etika berpakaian dan tertib yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia sebagai prasyarat agar permohonannya diluluskan. Namun bagi pihak DPPWP kita tidak yakin dengan janji beliau kerana dalam Negara beliau sendiri beliau gagal menunjukkan imej yang baik untuk rakyat Indonesia. Jadi apakah beliau layak untuk membicarakan soal imej yang baik dinegara lain seperti Malaysia.
Kita tidak boleh membiarkan orang lain seperti Inul ini terus menyalah tafsirkan sikap keterbukaan Malaysia. Pada kita, Malaysia sememangnya Negara yang mempunyai sikap dan pendekatan yang terbuka dalam banyak perkara, tetapi dalam soal menjaga akhlak dan imej masyarakat Malaysia kita tidak seharusnya membiarkan anasir negatif masuk ke Negara ini. Jangan biarkan Malaysia dijadikan ‘tong sampah’ hedonisme. Kita tidak mahu unsur-unsur negatif yang diimport dari Negara luar disemai dan dibiarkan membiak di Malaysia.
Kita tidak mahu bala Allah yang turun di Acheh, Indonesia berlaku di Negara ini. Kita tidak mahu budaya memuja dan menghormati artis dan memperlekehkan Ulama seperti yang selalu dipromosikan oleh artis sebegini dibawa ke Malaysia. Cukuplah derita Acheh menjadi pengajaran kepada kita dan kita tidak mahu kehadiran Inul membawa ‘tsunami’ baru ke dalam pemikiran rakyat Malaysia.
DPPWP menyokong penuh kenyataan Dewan Pemuda PAS Pusat yang turut membantah kehadiran beliau ke Negara ini. Untuk itu DPPWP akan menghantar memorandum bantahan kepada Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan pada 6 April 2005 (Rabu) jam 2.30 petang sebagai tanda bantahan dan protes rakyat Malaysia. Kita juga menjemput semua media dan rakyat untuk hadir di Pejabat Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan di Bangunan TH Perdana, Jalan Tunku Abd Rahman Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan mereka secara bersama.
DPPWP juga menyeru kepada semua badan-badan dan persatuan agama dan NGOs lain serta parti-parti politik dinegara ini, agar bangkit menyuarakan bantahan ke atas Konsert ini dan konsert-konsert lain yang tidak memberikan faedah kepada rakyat.
Kita mahu Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan menjalankan fungsinya sebagai organisasi yang mampu mempromosikan budaya Rakyat Malaysia dalam erti kata yang positif dan tidak membawa budaya asing dari luar yang bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita juga perlu disemarakkan secara serius tanpa diselang selikan dengan aktiviti konsert sebegini yang pastinya tidak menghadirkan sebarang manfaat yang jelas kepada pembangunan sahsiah rakyat.
DPPWP menolak segala konsert yang diadakan dibawah Kerajaan Islam Hadhari selagi mana ianya tidak berjalan atas dasar Islam yang sebenarnya dan juga Identiti rakyat Malaysia. Pada pihak kami, kewujudkan Pesta dan konsert yang ada pada hari hanyalah menambahkan kegagalan dalam pembangunan imej dan akhlak masyarakat Malaysia. Warisan pemuda-pemudi Islam dan lainnya kelihatan semakin rapuh ekoran dibajai dengan racun hedonisme yang melampau.
Kita berharap agar pihak Kementerian dapat mengulangi tindakkannya 2 tahun lepas yang menolak permohonan artis ini untuk datang ke Malaysia bagi mengadakan konsert. Kehadiran beliau sebenarnya tidak memberikan apa – apa impak yang positif kepada kemajuan Negara ini. Yang pastinya, konsert beliau itu hanya akan menyebabkan pengaliran keluar wang rakyat Malaysia melalui tiket-tiket yang dibeli dan ini akan merugikan Malaysia sendiri.
Hubungan baik Malaysia dan Indonesia juga tidak boleh dipereratkan melalui kehadiran artis ini kerana rakyat Indonesia sendiri tidak mengiktiraf artis ini sebagai ‘duta’ mereka melalui konsert ini. Oleh itu, Malaysia perlu tegas bagi memastikan Negara ini dapat terus dihormati dipentas antarabangsa sebagai Negara yang tegar mempertahankan ciri-ciri kesopanan dan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
“Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari”
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 Comments:
Post a Comment
<< Home