Serbuan Kelab Malam - JAWI Tidak Perlu Takut
KENYATAAN MEDIA (31 Januari 2005)
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN(DPPWP) memuji tindakan berani pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang melakukan serbuan ke sebuah Kelab Malam di kawasan Golden Triangle Kuala Lumpur pada 20 Januari yang lepas. Serbuan yang dibuat turut disertai oleh anggota Polis dari IPK Dang Wangi.
DPPWP difahamkan bahawa, hampir 100 orang pemuda pemudi yang beragama Islam telah ditahan dalam serbuan tersebut, termasuklah seorang penyanyi terkenal iaitu Jeslina Hashim. Kebanyakkan mereka yang ditahan, didakwa atas tuduhan berpakaian kurang sopan dan meminum arak.
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN(DPPWP) memuji tindakan berani pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang melakukan serbuan ke sebuah Kelab Malam di kawasan Golden Triangle Kuala Lumpur pada 20 Januari yang lepas. Serbuan yang dibuat turut disertai oleh anggota Polis dari IPK Dang Wangi.
DPPWP difahamkan bahawa, hampir 100 orang pemuda pemudi yang beragama Islam telah ditahan dalam serbuan tersebut, termasuklah seorang penyanyi terkenal iaitu Jeslina Hashim. Kebanyakkan mereka yang ditahan, didakwa atas tuduhan berpakaian kurang sopan dan meminum arak.
Walau bagaimana pun, terdapat sedikit kekecohan berlaku bila mana adanya segelintir tahanan yang mendakwa bahawa mereka mendapat layanan buruk dan biadap oleh pegawai JAWI yang bertugas. Antara yang didedahkan, kononnya terdapat seorang wanita yang mahu ke tandas telah tidak dibenarkan sehinggalah beliau akhirnya membuang air di bilik tahanan. Ada pula kalangan wanita yang ditahan yang telah disuruh memperagakan pakaian masing-masing di depan para pegawai lelaki bagi tujuan dirakamkan gambar mereka.
Akhbar THE MALAY MAIL telah melaporkan;
“POUNCED upon, abused and rounded up like juvenile delinquents, several Muslim youths have filed a complaint against officers of Pusat Agama Islam for the high-handed manner in which they were treated following a raid at a club in Kuala Lumpur recently.”
Akibat daripada laporan ini, beberapa pasangan ibu bapa tahanan ini telah membuat laporan kepada Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk diambil tindakan.
Ekoran daripada itu Datuk Seri Sharizat telah membuat kenyataan yang agak tegas melalui akhbar Berita Minggu pada 30 Januari 2005 iaitu;
“tiada siapa pun yang boleh membuat serbuan tanpa pegawai wanita”.
DPPWP berpendapat bahawa, satu siasatan perlu dibuat terlebih dahulu untuk menilai kebenaran cerita - cerita yang dikemukakan oleh para tahanan. Pihak JAWI juga tidak perlu berdiam diri dan harus membuat pembelaan segera. Tidak salah jika JAWI memohon maaf sekiranya berlaku kecuaian atau tindakan yang kurang sopan terhadap tahanan tanpa disengajakan.
Kita percaya bahawa, niat pegawai JAWI yang terlibat dalam operasi itu adalah ikhlas, dan mereka telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Oleh itu, pihak ibu bapa yang terlibat perlu bersikap wajar dan memikirkan akan kesilapan yang dilakukan oleh anak mereka.
Dakwaan atas tuduhan berpakaian tidak senonoh memang wajar dikenakan pada tahanan tersebut memandangkan imej pakaian yang diperagakan pada malam itu. Agak menghairankan juga, bagaimana ibu bapa tersebut boleh membiarkan anak gadis mereka berpeleseran di kelab – kelab malam sedangan Hari Raya Aidiladha akan diraikan pada keesokan harinya (21 Januari 2005). Kejadiaan ini amat memalukan umat Islam diseluruh negara, kerana ia mengambarkan imej yang buruk kepada Islam.
Kita berharap agar ibu bapa berkenaan dapat berfikiran waras dan berterima kasih atas tindakan berani pihak JAWI. Jika bukan kerana tindakan JAWI ini mungkin mereka tidak tahu ke mana anak – anak mereka menghilang setiap malam.
Syabas di ucapkan kepada pihak JAWI dan sesungguhnya pihak JAWI telah melaksanakan apa yang dikatakan oleh Allah dalam al-Quran iaitu;
“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”
[surah An-Nisaa' : 135]
DPPWP juga menyambut baik cadangan Datuk Seri Sharizat agar adanya Pegawai Pencegah Maksiat dari kalangan Wanita setiap kali JAWI membuat serbuan.
Diharap agar pihak kerajaan dapat memperuntukan dana khas kepada pihak JAWI bagi menyediakan kakitangan wanita untuk tugas – tugas sedemikian bukannya hanya setakat membuat cadangan kosong semata.
DPPWP juga mengesa agar pihak kerajaan dapat memastikan agar kelab – kelab malam yang menyediakan arak sama ada secara terbuka atau tidak ditutup bagi pengunjung yang beragama Islam. Kita amat malu dengan sikap kerajaan UMNO yang bersikap “cakap tidak serupa bikin” selama ini. Gagasan Islam Hadhari yang dicanang seluruh dunia hanyalah tempelan untuk menutupi kudis buta yang kian melarat di kota Kuala Lumpur ini.
Slogan ‘Hidup Melayu’ yang berkumandang disetiap perhimpunan UMNO hanyalah topengan yang menyaksikan ketidakikhlasan UMNO dalam memperjuangkan hak orang Melayu. Imej orang Melayu sebagai golongan Profesional yang berakhlak tinggi perlu dijana. Tetapi ini semua tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan UMNO yang ada sekarang masih lagi membiarkan Kelab – Kelab Malam, Pusat Perjudian, Pusat Pelacuran dan pelbagai lagi pusat maksiat dibuka untuk pengunjung yang beragama Islam.
Tindakan – tindakan berani oleh Pihak JAWI dan Jabatan Agama lain diseluruh negara perlu disokong agar usaha membanteras masalah jenayah sosial dan keruntuhan akhlak generasi Melayu dapat dibendung. Serbuan besar – besaran perlu dibuat secara kerap dan disokong oleh jentera kerajaan serta NGO lainnya, bukannya dihalang atau diperlekehkan.
Permit – permit konsert perlu di hadkan atau diperketatkan. Konsert ‘Sure Heboh’ TV3 yang bakal berlangsung di Seri Menanti, Negeri Sembilan dan seluruh negara juga perlu dibatalkan memandangkan pengalaman pada tahun lepas menyaksikan program tersebut gagal memperbaiki imej remaja Malaysia.
Sekali lagi DPPWP menegaskan bahawa pihak kerajaan dan masyarakat Malaysia perlu menyokong langkah – langkah positif yang dijalankan oleh pihak JAWI agar umat Islam di wilayah Persekutuan tidak dijual maruahnya kepada ideologi hedonisme Barat. Kita tidak mahu generasi Melayu yang ada pada hari ini dikambing hitamkan semata – mata untuk meraih pembangunan yang akhirnya mengucar kacir sistem sosial dalam negara.
Kita bangga dengan sikap tegas JAWI yang berani itu. Teruskanlah usaha murni itu kerana umat Islam seluruh negara, malah di seantero pelusuk dunia ini mengiktiraf akan kejujuran dan keberanian yang ditunjukan tanpa mengira status mereka yang ditahan.
Sesungguhnya, tiada tempat bagi mereka yang menjadi hantu maksiat ini di dalam masyarakat Islam selagi mana mereka masih berpegang kepada budaya hidup hedonisme itu.
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
0 Comments:
Post a Comment
<< Home