Deklarasi Perhimpunan Aman “Selamatkan Maruah Islam”
Kita menyedari bahawa usaha – usaha dan dakyah Sisters In Islam dan Jawatankuasa Kaukus Parlimen pada hari ini semakin menjahati umat Islam dan akhlak masyarakat Malaysia. Antara intipati tuntutan mereka adalah;
1.Menuntut agar Undang-undang agama dan Syariah tidak digunakan bagi mengatasi masalah sosial dan keruntuhan akhlak termasuklah semua undang-undang diperingkat Kebangsaan, Negeri dan kerajaan Tempatan. Undang-undang berkenaan haruslah dimansuhkan bagi menjaga hak asasi rakyat Malaysia.
2.Menuntut agar kuasa Mufti-mufti dimansuhkan.
3.Menuntut agar kerajaan mengiktiraf kebebasan beragama dalam Negara ini, dalam erti kata lain membenarkan Umat Islam yang ingin keluar dari Islam mengistiharkan kermurtadan mereka secara terbuka tanpa campurtangan Mahkamah Syariah.
4.Mendesak agar pihak Jabatan Pendaftaran Negara menghapuskan pernyataan status Agama dalam kad pengenalan, bagi memudahkan Umat Islam mengistiharkan Kemurtadan mereka.
5.Membenarkan agama lain memberikan pandangan dan mempersoalkan cara hidup dan akidah umat Islam melalui cadangan mereka menubuhkan Majlis Perundingan Antara Agama (ICM).
6.Mendesak agar pihak Jabatan Agama tidak campurtangan dalam urusan peribadi Umat Islam di Malaysia termasuklah dalam tatacara berpakaian, pergaulan dan cara hidup, walaupun ianya bertentangan dengan hukum Islam seperti tidak menutup aurat, tidak bersembahyang dan berpuasa atau melakukan maksiat seperti judi, minum arak dan zina atas dasar menjaga hak asasi manusia.
Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap umat Islam di Negara ini dan di seluruh dunia umumnya mempertahankan setiap perundangan dan institusi umat Islam. Pengaruh Jaringan Islam Liberal (JIL) yang telah mengasimilasikan pemikiran sekular ke dalam acuan Islam haruslah disekat dan kita tidak seharusnya membiarkan wacana pemikiran Sisters In Islam ini terus merosakkan keharmonian masyarakat Islam.
Idea canggung yang dilontarkan ternyata bertujuan untuk merevolusikan Islam sejajar dengan hasrat pemikiran dangkal Presiden Amerika George W. Bush yang inginkan Al-Quran dan Agama Islam ditafsir semula dan dikaji agar sesuai dengan kehendak hati mereka. Justeru itu, kami pada hari ini, berhimpun dengan penuh rasa cinta dan kasih pada masa depan Islam, demi Allah dan RasulNya kami menuntut agar;
1.Pihak Majlis Raja-raja dan Kerajaan campurtangan dan menolak tuntutan mereka secara terbuka.
2.Pihak Perdana Menteri perlu mengambil tindakan keras dengan membatalkan pendaftaran pertubuhan Sisters In Islam dan memecat ahli – ahli Kaukus Parlimen yang terlibat.
3.Pihak Sisters in Islam dan Jawatankuasa Kaukus Parlimen harus menarik balik segala apa jua permintaan mereka sebelum ini yang jelas bercanggah dengan dasar Islam dan Perlembagaan Negara.
4.Pihak Sisters in Islam dan Jawatankuasa Kaukas Parlimen harus memohon maaf kepada seluruh umat Islam Malaysia atas keterlanjuran sikap mereka dalam isu ini.
5.Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu membuat siasatan berhubung akidah yang diperjuangkan oleh Sisters In Islam serta mengharamkan pertubuhan ini yang jelas mempergunakan nama persaudaraan Islam untuk mengelirukan Umat Islam.
6.Orang-orang yang berkelayakkan dalam bidang agama Islam perlu dilantik sebagai Pengarah Jabatan Agama di semua negeri dan Wilayah Persekutuan bagi memastikan tindakan Jabatan Agama dipandu oleh orang-orang yang mempunyai ilmu dan memahami Islam yang sebenarnya.
7.Memperbaiki sistem perundangan syariah yang tampak lemah kerana tidak disandarkan pada Al-Quran dan As-sunnah sepenuhnya.
8.Memperketatkan undang-undang Syariah dan Sivil, khususnya bagi menjaga keselamatan dan masa depan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Sesungguhnya matlamat mereka adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara sekular. Seandainya mereka berkeras dengan permintaan yang diajukan, maka kami pemuda – pemuda Islam berserta umat Islam di Negara ini bersedia untuk mati bagi mempastikan segala apa jua ideologi yang mereka ingini itu tidak kesampaian sampai bila-bila dan di mana jua.
Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar!!!
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

0 Comments:
Post a Comment
<< Home