“The True Furqan”-Al Quran Palsu
KENYATAAN MEDIA (5 Februari 2005)
Baru-baru ini kita telah dikejutkan semula dengan isu pembaharuan al-Quran yang telah mula disebarkan melalui cetakan dan internet iaitu “The True Furqan”. Nama lain bagi al-Quran palsu ini ialah “The 21st Century Quran” dan telah diterbitkan dengan kerjasama Syarikat ‘Omega 2001’ dan Wine Press’ dengan No. Siri ISBN: 1579211755.
‘The True Furqan” ini telah menampilkan 77 surah palsu melalui 366 muka suratnya. Buat masa ini, ianya telah diterbitkan dalam bahasa Arab dan Inggeris Pihak penerbit buku ini bersedia untuk menyebarkan buku ini dalam terjemahan lain termasuk dalam Bahasa Malaysia. Antara web site yang giat mempromosikan buku ini adalah http://www.islam-exposed.org/, http://www.truth-in-crisis.com/TheTrueFurqan.htm dan di dalangi oleh sekumpulan manusia yang mengelarkan diri mereka sebagai Al Saffee dan Al Mahdy.
Sebuah laman web lain iaitu http://www.suralikeit.com/ pula telah cuba merekacipta beberapa Surah baru sebagai tambahan kepada 114 Surah yang ada dalam Al-Quran sebenar. Antara surah yang ditambah adalah Surah Ad-Du'a, Surah Al-Iman, Surah At-Tajassud, Surah Al-Muslimoon, dan Surah Al-Wasaya. Dan yang terkini mereka telah menambah Surah Araja, Surah Al-Mukataa, Surah Al-Kitab, Surah Al-Usfoor, dan Surah An-Nabi
Buku dan Surah palsu ini juga tidak pernah dibawa dalam mana-mana Persidangan Ulama Sedunia untuk diperbahaskan kerana ia memang jelas bukannya naskah Al-Quran yang sebenar dan diterbitkan untuk mengelirukan umat Islam dan memberikan imej buruk pada Islam. Islam bukanlah agama yang boleh diubah suai sesukahati atau mengikut pandangan manusia seperti yang penulis buku ini cuba sampaikan. Islam telah lengkap dan tidak ada lagi cetakan tambahan atau versi baru yang perlu diwujudkan.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berharap agar pihak kerajaan dapat mengambil tindakan tegas terhadap penerbitan buku dan penyebaran Surah palsu yang kita sifatkan sebagai penghinaan kepada seluruh umat Islam. Tindakan bersama Kerajaan Malaysia dan Negara Islam lain melalui OIC adalah perlu bagi memastikan pihak penerbit buku ini menghentikan penerbitan mereka. Malaysia selaku Pengerusi Persidangan OIC seharusnya mengambil tindakan tegas termasuk mendakwa pihak terbabit bagi mempertahankan hak dan kredibiliti umat Islam seluruh dunia.
DPPWP kesal kerana pihak Kerajaan Amerika tergamak memberikan kelulusan ISBN (International Book Serial Number) dan membiarkan buku palsu ini dicetak dan dijual tanpa memikir sensitiviti umat Islam seluruh dunia. Kini Konspirasi menjatuhkan imej Islam semakin ketara dan di dalangi oleh Amerika sendiri dengan alasan membanteras keganasan. Penciptaan ‘A-Quran” versi baru tampak jelas mempersendakan kandungan asal al-Quran yang telah di turunkan kepada Rasulullah s.a.w.
DPPWP berharap agar Umat Islam dan rakyat bukan Islam di Negara ini memahami perkara ini dan tidak cuba menyebarkan bahan – bahan palsu seperti ini yang pastinya boleh mengeruhkan keharmonian masyakat Malaysia yang berbagai agama ini. Kita khuatir akan penyebaran buku palsu ini kerana ianya mampu mewujudkan suasana anarki dan perbalahan kalangan umat Islam sendiri serta masyarakat setempat.
DPPWP berharap agar kerajaan dapat menyekat kemasukan dan penyebaran Buku atau risalah sebegini dan mengistiharkan pengharaman buku ini di Malaysia dan seluruh dunia dengan segera agar Akidah umat Islam dapat dipelihara, seterusnya menjadikan Malaysia sebagai contoh kepada Negara Islam lainnya.
“Islam Di Junjung, Maruah Di Sanjung”
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 Comments:
Post a Comment
<< Home