Saturday, June 11, 2005

XPDC Dakwah Siri III TIDAK DIBATALKAN

KENYATAAN MEDIA (29 April 2005)

Adalah dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) sehingga ke hari ini tidak pernah membuat sebarang kenyataan rasmi untuk membatalkan program XPDC Dakwah Siri III bagi Membantah Penganjuran Konsert Fenomena Dangdut Inul.

Pihak DPPP dan DPPWP amat kesal terhadap tindakkan segelintir pihak yang menyebarkan maklumat pembatalan program ini melalui SMS dan email bagi menghalang usaha – usaha dakwah yang sedang giat dijalankan. Untuk itu kami menyeru kepada semua ahli dan umat Islam untuk terus membuat persiapan bagi menghadiri program ini. Semoga usaha dakwah kita ini akan diberikan ganjaran dan dirahmati Allah.

Berikut adalah jadual program yang akan diadakan sepanjang minggu hadapan;

1. Program XPDC Dakwah Siri III - Membantah Penganjuran Konsert Fenomena Dangdut Inul;

Tarikh : 1 Mei 2005 (Ahad)
Masa : 6.30 petang
Tempat : Berkumpul di Pintu Masuk Utama, Stadium Merdeka
Mesej Utama : Hentikan Kegilaan Konsert Yang Berunsurkan Maksiat dan Bertentangan Dengan Islam.

2. Demontrasi Aman Pertahankan Masjidil Al-Aqsa Dari Ancaman Merobohkannya Oleh Rejim Israel
Tarikh : 06 Mei 2005 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Jumaat
Tempat : Masjid Jamek Kuala Lumpur
Mesej Utama : Kembalikan Kedaulatan Palestine dan Menolak Tuntutan Israel Untuk Mendapatkan Masjidil Al-Aqsa

* Sila bawa Banner dan Placard sebagai tanda sokongan kepada Rakyat Palestine

Sekiranya ada sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut sila hubungi saya di talian berikut : 016-6781700 atau faks ke 03-40421559.

Herman Samsudeen
Exco
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home