Saturday, June 11, 2005

DEMONTRASI PERTAHAN AL-AQSA : CABARAN KEPADA PEMUDA UMNO

KENYATAAN MEDIA (03 Mei 2005)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) bersama Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan Demontrasi Aman bagi Mempertahankan Masjidil Al-Aqsa dari Ancaman merobohkannya oleh Rejim Yahudi Israel :

Tarikh : 06 Mei 2005 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Jumaat
Tempat : Masjid Jamek, Kuala Lumpur (Bukan Masjid Kg. Baru)
Mesej Utama : Kembalikan Kedaulatan Palestine dan Menolak Tuntutan Pelampau Israel Untuk Mendapatkan Masjidil Al-Aqsa

Untuk itu, DPPWP juga berharap agar semua pertubuhan Islam, politik dan hak asasi seperti ABIM, JIM, Hizbu Tahrir, Parti KeAdilan Rakyat, DAP, Komponen Barisan Nasional, Suaram, Aliran, HAKAM, MBM, Gerakkan Anti Perang, dan lain – lain untuk hadir bersama bagi menyatakan sokongan kepada kempen menentang Jenayah Israel ini.

Dalam pada itu, Sekretariat DPPWP juga mencabar Pemuda UMNO untuk turut sama menyertai kempen ini sebagai tanda mereka menolak kezaliman Israel. Jika mereka benar – benar Ikhlas untuk memperjuangkan suara Rakyat Palestine inilah masanya untuk mereka buktikan. Dan jika mereka mempersoalkan tindakan Pemuda PAS memboikot Persidangan Keamanan Di Palestine pada 28-30 Mac 2005 yang lepas, maka inilah Jawapannya.

Pemuda PAS sememangnya tidak pernah yakin pada permainan politik Israel. Kelicikkan pimpinan mereka telah menyebabkan lebih ramai Umat Islam di Palestine menjadi mangsa. Kekejaman dan kebiadapan Israel semakin menjadi – jadi, justeru itu adalah satu kesilapan besar jika mereka meneruskan niat untuk merobohkan Masjid tersebut. DPPWP percaya bahawa Perang Salib abad ke-21 bakal tercetus seandainya , mereka memilih langkah tersebut.

DPPWP berharap agar Kerajaan Malaysia menambahkan tekanan kepada Israel dan memutuskan hubungan dagang dengan kerajaan Israel sebagai tanda protes. Kerajaan seharusnya malu kerana memakan duit haram Israel dan dalam masa yang sama memberikan sumbangan secara tidak langsung dalam pembangunan ekonomi dan Negara HARAM Israel.

Riduan Mohd Nor
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home