KERTAS LAPORAN KES PEMBERIAN RASUAH OLEH YB. TAN SRI MOHD. ISA ABDUL SAMAD
WILAYAH PERSEKUTUAN
Tingkat 5, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamudin
Peti Surat 6000
50502 KUALA LUMPUR
Tel: 03-26923111, 03-26933942
Fax: 03-6931441 Tarikh : 28 Jun 2005
Tuan,
LAPORAN KES PEMBERIAN RASUAH OLEH YB. TAN SRI MOHD. ISA ABDUL SAMAD
Pada 24 Jun 2005 bertempat di Menara Dato’ Onn, PWTC panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail telah membuat keputusan menggantung keahlian dan jawatan YB. Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad selama 6 tahun yang didapati bersalah dalam melakukan rasuah. Keputusan itu telah di siarkan dalam semua media utama dalam Negara pada 25 Jun 2005.YB. Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad telah didapati bersalah melakukan rasuah pada Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung pada 21-25 September 2004, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Berdasarkan laporan media Al-Jazeera, melalui agen bernama Salim Sharif merangkap Setiausaha Politik, beliau telah merasuah para perwakilan dengan bayaran RM 300 hingga RM 1,000 bagi memenangi kerusi Naib Presiden UMNO. Ekoran dari kecurangan itu, beliau berjaya mendapatkan undi tertinggi, iaitu sebanyak 1507 undi dan menjawat jawatan sebagai Naib Presiden UMNO.
Ketika melakukan kesalahan itu, beliau juga merupakan seorang ahli Parlimen bagi Parlimen Jempol, Negeri sembilan dan penjawat awam berstatus Menteri bagi Kementerian Wilayah Persekutuan yang dilantik dalam rombakan Kabinet Malaysia pada 27 Mac 2004. Tindakan beliau ini telah menjatuhkan imej institusi berkenaan dan menghapuskan keyakinan rakyat, khususnya di Wilayah Persekutuan terhadap kejujuran beliau.
Saya Haji Mohamad Noor bin Mohamad atas dasar menjaga kepentingan dan hak sivil rakyat lainnya, dengan ini menganggap beliau sebagai terlibat dalam kes pemberian rasuah untuk mendapatkan kepentingan tertentu, berdasarkan peruntukan Akta Pencegahan Rasuah 1997, Perenggan ke 11;
11. Jika-
(b) mana-mana orang secara rasuah memberikan atau bersetuju untuk memberikan atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan berhubungan dengan hal-ehwal atau perniagaan prinsipalnya, atau bagi memberikan atau tidak memberikan sokongan atau tentangan kepada mana-mana orang berhubungan dengan hal-ehwal atau perniagaan prinsipalnya;
dia adalah melakukan suatu kesalahan.
Perenggan ke 16 pula menyatakan bahawa;
16. Mana-mana orang yang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen 10, 11, 13, 14 atau 15 boleh apabila disabitkan-
(a) dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada empat belas hari dan tidak lebih daripada dua puluh tahun; dan
(b) didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Bersama – sama dengan ini pihak saya melampirkan beberapa salinan laporan media tempatan dari dalam dan luar negeri sebagai bahan bukti dan rujukan tuan.
Memandangkan kes ini telah menjadi isu besar yang bukan sahaja didalam negara, malah meliputi imej Malaysia di luar negara yang melibatkan tokoh penting negara, maka dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan segera dan melakukan siasatan ke atas kes beliau ini.
Sekian. Terima Kasih.
Yang Benar,
Hj. Mohamad Noor bin Mohamad
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan

Y.B. DATO' DR. MASHITAH BINTI IBRAHIM
KENYATAAN MEDIA (27 Jun 2005)
Walau apa jua alasan yang diberikan oleh Isa Samad, kenyataan dan bukti yang dikemukakan dalam Lembaga Tatatertib UMNO telah menjelaskan segala jenayah beliau.
Suara keramat Pemuda melalui pimpinan YB Salahuddin Ayub berjaya membuatkan pemimpin UMNO terkebil – kebil. Tohmahan mereka bahawa pemuda PAS layu dan tidak berani mengkritik pemimpin telah diketepikan dan laungan takbir pemuda PAS berjaya menenggelamkan kesayuan hasrat UMNO yang ingin melihat pemuda berpecah melalui ‘anai – anai’ tajaan mereka.
Lantas, atas dasar kesedaran yang tidak berbelah bahagi umat Islam bangkit berhimpun dihadapan Wisma Darul Aman pada 19 Jun 2005. Bukan sahaja mereka tidak peduli isu perobohan rumah ALLAH, YB Rasul yang tidak maksum yang ditemui hanya sibuk berbicara tentang keretanya yang kononnya dicalarkan oleh pendemo.
Pada 22 Jun pula, di Melaka, BN melantik ADUN Pantai Kundur, Ab. Rahaman Ab. Karim sebagai Exco mengantikan Datuk Wira ‘Rasuah’ Amid Nordin yang meletakkan jawatan kerana digantung oleh UMNO ekoran terlibat dalam rasuah.
Perjalanan BN kian berliku bila mana Datuk S. Sothinathan dari MIC digantung selama 3 bulan kerana mempertikaikan tindakan Kerajaan yang menarik pengiktirafan Ijazah Perubatan Crimea State Medical University (CSMU) semasa prosiding Dewan Rakyat pada 21 jun 2005. Wira penyokong MIC ini dibiarkan tergantung tanpa pembelaan oleh Presiden MIC yang nyata mengambil sikap individualistik dan tidak berminat mempertahankan hak pelajar India.
Kisah duka BN ini berterusan bila mana rayuan YB Datin Paduka Tan Yew Kew yang digantung oleh MCA selepas dituduh mengedarkan rakaman VCD cetak rompak pergaduhan pemilihan cawangan MCA di jalan Young Klang ditolak. Jawatankuasa Disiplin Parti itu yang bermesyuarat pada 23 Jun 2005 hanya mengurang tempoh penggantungan dari setahun kepada 6 bulan.
Seterusnya, ‘Projek Kerajaan BN’ yang terhangat dipasaran telah meletup didada – dada akhbar tempatan pada 24 Jun 2005. Hits utama menyaksikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad digantung 6 tahun kerana didapati bersalah terlibat dalam merasuah pengundi – pengundi dalam pemilihan UMNO tahun lalu. Kemenangan meragukan yang beliau kecapi sebanyak 1507 undi ternyata adalah hasil dari wang rasuah yang beliau berikan.
Ombak reformasi yang satu ketika dahulu ditiupkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kini kian terasa semula. Kebangkitan rakyat kini semakin terasa ekoran dasar – dasar ‘mentah’ Kerajaan BN dalam mentadbir Negara. Dari isu Minyak, Tol, Kos pengangkutan, kini rakyat dibebani pula dengan isu penswastaan air, khidmat perubatan, isu jarum dan kondom percuma dan banyak lagi.
KENYATAAN MEDIA (27 Jun 2005)
KENYATAAN MEDIA (25 Jun 2005)
Keadaan berbeza di Terengganu, Exco – exco yang telah membuli masyarakat RTB di Terengganu terus mendapat sanjungan BN. Kini YB. Rasul yang tidak maksum itu, kecoh pula tentang kereta beliau yang dicalarkan oleh pendemo yang berhimpun secara aman di hadapan Wisma Darul Iman pada 19 Jun yang lalu.




Kita berharap agar Kerajaan dapat membantu TUDM dengan memberikan peruntukan latihan yang sewajarnya bagi memastikan pejuang – pejuang Negara yang berkhidmat dalam TUDM berada dalam keadaan selamat. 
